Apakah Gaya Pembelajaran Kendiri?
Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh di dunia:
Gaya
Kamus Dewan, (2005): Gaya bererti sikap, kesukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang.
Pembelajaran
Honey & Mumford (1992): proses pembelajaran berlandaskan kepada menimba ilmu pengetahuan dan ia merupakan sepanjang hayat dan dalam proses pembelajaran tersebut pula beberapa kecenderungan yang dimiliki dan diamalkan oleh seseorang pelajar.Shea (1994): pembelajaran ialah proses mental atau fizikal yang membawa perubahan dalam tingkah laku. Beliau berpendapat kebijaksanaan bukan sesuatu elemen statik tetapi adalah suatu sistem yang dinamik dan terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang hayat.
Saad (2004): pembelajaran ialah proses pemerolehan ilmu, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru untuk melaksanakan sesuatu kerja dengan cubaan untuk mengatasi rintangan yang ada.
Kamus Dewan (2005): Pembelajaran bererti berusaha (berlatih dan sebagainya) untuk mendapat sesuatu (kepandaian dan lain-lain)
Gaya Pembelajaran
Pahler (2009): gaya pembelajaran adalah satu corak tingkah laku yang konsisten tetapi setiap individu mempunyai cara-cara tersendiri, berbeza dengan rakan sebayanya.Narayanasamy (2000): gaya pembelajaran merujuk kepada pola-pola memproses informasi yang mewakili cara tertentu seseorang membuat persepsi, berfikir, mengingat kembali dan menyelesaikan masalah.
Gremli (1996) gaya pembelajaran melibatkan aspek-aspek personaliti, pemprosesan maklumat, interaksi sosial, kecenderungan terhadap garis panduan, tumpuan perhatian terhadap sesuatu yang baru, unik dan terdapatnya kelainan dalam diri individu.
Subahir (1992) & Lee (2001), gaya pembelajaran (learning style) merujuk
kepada cara seseorang individu menerima, mengumpul, memproses, mengingat dan menerangkan semula maklumat dan menghubungkannya dengan alam sekitar.
Curry (1987) cuba menjelaskan gaya pembelajaran melalui “model bawang merah”
(the onion model). Ia terdiri daripada empat lapis iaitu model sahsiah, model pemprosesan maklumat, model interaksi sosial dan model medium pembelajaran yang disukai.
Model sahsiah merujuk kepada pemilihan gaya pembelajaran yang sesuai dengan sahsiah seseorang pelajar, seperti ekstrovet (belajar dalam kumpulan) atau introvert (belajar bersendirian).
Model pemprosesan maklumat pula merujuk kepada pemilihan gaya pembelajaran yang sesuai dengan cara seseorang pelajar menerima dan memproses maklumat, seperti cara holistik (memahami secara keseluruhan) atau cara bersiri (memahami secara langkah demi langkah).
Model interaksi sosial pula merujuk kepada pemilihan gaya pembelajaran yang sesuai dengan amalan interaksi sosial pelajar, seperti pembelajaran berorientasikan sosial atau pembelajaran berorientasikan gred.
Model medium pembelajaran yang disukai merujuk kepada pemilihan gaya pembelajaran yang sesuai melalui medium yang mana pembelajaran boleh berlaku, seperti mendengar, membaca atau pengalaman terus.
Masalah Gaya Pembelajaran Kendiri dalam
kalangan pelajar
Dengar apa yang dikatakan oleh tokoh-tokoh
berikut…
Menurut Bloom (1956), sistem pembelajaran di universiti lebih membebankan dari segi aras kesukaran kerana ia akan mempelajari sesuatu ilmu dengan lebih mendalam dan teliti. Padahal, tiada perbezaan antara pelajar yang berjaya dengan pelajar yang gagal. Yang membezakan di antara kedua-dua golongan ini ialah tahap kenalan diri.
Felder (1996) dalam kertas kerjanya, Matters of Style, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dari segi kekuatan pendirian dan keutamaan dalam menerima dan memproses maklumat.
Dunn (1980) menyatakan bahawa kegagalan pelajar bukan disebabkan oleh
kurikulum sebaliknya mereka boleh belajar sebarang matapelajaran sekiranya
pembelajaran itu menekankan kepada gaya yang mereka gemari.
Menurut Ikhasan & Sapar (2007), masalah untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran yang bersesuaian dan berkesan banyak berlaku dalam kalangan pelajar yang baru memasuki institut pengajian tinggi. Kebanyakan daripada mereka tidak menyedari tentang gaya pembelajaran yang bersesuaian untuk diaplikasikan di dalam proses pembelajaran.

Jangan berputus asa kerana tidak pandai menentukan gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri sendiri. Berikut ialah model pembelajaran kendiri yang menarik dan berguna. =)
Model Gaya Pembelajaran Kendiri
1.) Model Gaya Pembelajaran Vark
Model Vark diperkenalkan oleh Neil Fleming pada tahun 2001. Terdapat empat kecenderungan pelajar dalam model tersebut iaitu visual, audio, bacaan dan kinestetik. Gaya pembelajaran visual mengutamakan cara belajar melalui penglihatan.
Visual (Visual Learners)
Visual (Visual Learners)
Kelebihan
|
Keburukan
|
Dapat mengingat detail
dan warna dengan sangat baik,
|
Susah belajar dalam suasana
yang ramai , ribut dan banyak gangguan,
|
Mampu membaca, mengeja, dan
menghafal pelajaran dengan baik,
|
Susah memahami penjelasan
guru tanpa disertai dengan gambar atau grafik,
|
Sangat baik dalam mengingat
wajah seseorang, tetapi seringkali lupa dengan nama orang tersebut.
|
Terganggu konsentrasinya saat
melihat tampilan (baik penampilan seseorang atau tampilan suatu informasi)
yang menurutnya tidak menarik atau justru jelek.
|
Saat menghafal dan memahami
suatu informasi, biasanya mereka memvisualisasikan gambar atau image
dalam pikirannya,
|
|
Umumnya berpenampilan rapi
dan baik,
|
|
Ketika memecahkan masalah
cara yang dilakukan oleh anak visual adalah dengan membaca informasi, serta
membuat daftar mengenai masalah atau hambatan apa saja yang ia hadapi.
|
Auditori (Auditory Learners )
Kelebihan
|
Keburukan
|
Jika melakukan presentasi
suatu hasil kerja dapat melakukannya dengan baik.
|
Tidak membaca dengan baik (umumnya
membaca dengan pelan).
|
Dapat dengan mudah menirukan
perkataan orang lain dalam waktu yang singkat.
|
Susah menginggat sesuatu jika
membacanya tanpa menggunakan suara.
|
Memiliki tata bahasa yang
baik
|
Susah untuk membuat karangan.
|
Dengan mudah menghafalkan
nama orang lain.
|
Susah diam dalam waktunya
cukup lama.
|
Senang berbicara
|
Mudah terganggu dengan
keributan.
|
Jika melakukan pembicaraan di
depan banyak orang , dapat melakukan dengan mudah.
|
|
Jika berbicara iramanya
memiliki pola.
|
Kinestetik (Kinesthetic Learners)
Kelebihan
|
Keburukan
|
Umumnya memiliki penampilan
yang rapi.
|
Mudah gelisah dan frustasi
dalam mendengarkan sesuatu sambil duduk dalam waktu yang lama, sehingga
membutuhkan sedikit istirahat .
|
Lebih pintar dalam bidang
olahraga.
|
Kurang baik dalam melakukan
pengejaan kata.
|
Suka dengan pekerjaan yang di
lakukan dalam laboratorium.
|
Jika
membaca menggunakan jari telunjuk .
|
Kerja sama antara mata dan
tangan sangat bagus .
|
Kurang menguasai dalam bidang
geografi.
|
Secara ringkasnya…
2.) Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
Dr. Rita Dunn dan suaminya, Kenneth Dunn telah mengasaskan model gaya pembelajaran Dunn & Dunn di New York pada tahun 1977. Mereka telah mengemukakan empat aspek yang perlu dititikberatkan iaitu persekitaran (bunyi, cahaya, suhu, reka bentuk), emosi (motivasi, kecekalan, tanggungjawab, struktur), sosiologi (diri sendiri, berpasangan, rakan sebaya, pasukan, orang dewasa, pelbagai cara) dan fizikal (persepsi pancaindera, makanan dan minuman, waktu dan tempoh belajar, pergerakan).

Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh di dunia:
Low Xin Xin (2003), kebanyakan pelajar lebih cenderung kepada aspek emosi. Antaranya, motivasi daripada ahli keluarga merupakan elemen terpenting untuk menggalakkan mereka terus berusaha dalam pelajaran. Beliau juga menyatakan pelajar yang cemerlang lebih suka belajar secara individu berbanding kumpulan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak dapat menumpukan perhatian apabila berbual-bual dengan kawan.
Walau bagaimanapun, Yee Mei Heong (2002) telah memperoleh hasil kajian yang berbeza dengan beliau. Yee mempertahankan pendiriannya bahawa aspek sosiologi lebih diutamakan oleh pelajar-pelajar. Kebanyakan mereka dapat belajar dengan berkesan dengan cara kinestetik dan visual.

Ooops...bukan donut ye sayang, ialah Model Gaya Pembelajaran Dunn&Dunn XD

Kolb (1984) menerangkan bahawa
dalam kitaran pembelajaran yang lengkap terdiri daripada empat peringkat. Selain
itu, setiap individu mempunyai empat kategori kepintaran yang berbeza iaitu
pengalaman konkrit (concrete experience, CE), pemerhatian reflektif (reflective
observation, RO), pengkonsepsian abstrak (abstract conceptualization, AC) dm pengujikajian
aktif (active experimentation, AE).
Kolb meringkaskan empat kategori
kepintaran ini dalam empat perkataan iaitu :
i. Perasaan Veeling/sensing)
sebagai CE.
ii. Penglihatan (watching)
sebagai RO.
iii. Pemikiran (thinking) sebagai
AC.
iv. Perbuatan (doing) sebagai AE.
4.) Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford
a.) Aktivis
Ciri-ciri pelajar aktivis:
- · Sikap tidak sabar
- · Perasaan ingin tahu tinggi
- · Memberi tindakan balas dengan laju
- · Suka menambah pengalaman yang baru
- · Sentiasa bersemangat
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Amat fleksibel
|
Kurang berrancang
semasa melakukan sesuatu perkara
|
Bertindak cepat
|
Tidak suka membahagikan
kerja kepada orang lain
|
Sanggup
mengambil risiko
|
Terlalu aktif
hingga melakukan banyak perkara dalam satu masa
|
b.) Reflektif/ Reflektor
Ciri-ciri pelajar reflektif:
- Suka menafsir & menilsi sesuatu konsep
- Gemar mencari hakikat sebenar
- Sifat berwaspada
- Merupakan pendengar bagus
- Bekerja secara sistematik
- Tidak akan kelam-kabu semasa mengambil keputusan
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Suka
mengumpulkan maklumat daripada pelbagai jenis sumber
|
Senang
dipengaruh dan diganggu
|
Meninjau sesuatu
perkara dari perspektif berlainan
|
Tidak mampu
bertindak secara spontan
|
Suka belajar
dalam kumpulan
|
Sering membazir
terlalu banyak masa sebelum memulakan sesuatu perkara
|

c.) Teoris
Ciri-ciri pelajar teoris
- Mempunyai fikiran yang rasional dan logikal
- Bersikap disiplim
- Tidak begitu kreatif
- Suka membentuk hipotesis
- Gemar mengesan dan punca dan akibat
- Gemar mengaji fenomana atau peristiwa yang berlaku
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Suka merancang
dan membuat kerja secara sistematik
|
Memerlukan
banyak informasi sebelum memulakan bekerja
|
Cenderung kepada
kaedah bekerja berdasarkan sistem sedia ada
|
Tidak suka
mencuba sesuatu perkara yang baru
|
Menyelesaikan
masalah
|
Tidak mengikut
nafsu
|
d.) Pragmatis
Ciri-ciri pelajar pragmatis- Bersifat praktikal
- Mengutamakan fakta dan bukti
- Hanya percaya akan perkara yang dinampaknya
- Mementingkan penggunaan
- Cenderung kepada ekspresif
- Gemar membuat perbandingan
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Berdasarkan
teori dan pratikal
|
Kurang imaginatif
|
Membuat
keputusan secara sistematik
|
Tidak mampu
memberi idea lain
|
Suka
mengaplikasikan teori dan idea
|
Hanya akan
melakukan perkara yang berkaitan dengan tugasan sahaja
|
Refleksi
Pahler (2009)
mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai satu corak tingkah laku yang konsisten
tetapi setiap individu mempunyai cara-cara tersendiri, berbeza dengan rakan
sebayanya. Antaranya, terdapat empat kecenderungan pelajar dalam
model Vark iaitu visual, audio, bacaan dan kinestetik manakala model Dunn &
Dunn telah mengemukakan empat aspek yang perlu dititikberatkan iaitu
persekitaran (bunyi, cahaya, suhu, reka bentuk), emosi (motivasi, kecekalan,
tanggungjawab, struktur), sosiologi (diri sendiri, berpasangan, rakan sebaya,
pasukan, orang dewasa, pelbagai cara) dan fizikal (persepsi pancaindera,
makanan dan minuman, waktu dan tempoh belajar, pergerakan).
Melalui kerja kursus ini, saya mendapati terdapat banyak aspek yang perlu kita utamakan dalam proses pembelajaran. Pelajar yang belajar tanpa arah dan kaedah yang betul, nescaya akan mengalami kegagalan walaupun telah mencurahkan kesungguhan yang sepenuhnya. Oleh itu, setiap pelajar perlu mencarigaya pembelajaran yang sesuai sebelum bermula untuk mengulang kaji supaya usaha
mengupas kategori yang perlu dititikberatkan secara lebih teliti dan mendalam.
tidak disia-siakan. Pada pendapat saya, model gaya pembelajaran Dunn & Dunn
Terdapat lapan belas aspek yang boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dan
saya. Dengan ini, saya perlu sentiasa memotivasikan diri dan merancang jadual
guru. Setelah mengaplikasikan model gaya pembelajaran dalam kehidupan, saya
mendapati kategori emosi paling mempengaruhi kecekapan proses pembelajaran
yang sistematik untuk meningkatkan prestasi akademik saya.
mengupas kategori yang perlu dititikberatkan secara lebih teliti dan mendalam.
tidak disia-siakan. Pada pendapat saya, model gaya pembelajaran Dunn & Dunn
Terdapat lapan belas aspek yang boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dan
saya. Dengan ini, saya perlu sentiasa memotivasikan diri dan merancang jadual
guru. Setelah mengaplikasikan model gaya pembelajaran dalam kehidupan, saya
mendapati kategori emosi paling mempengaruhi kecekapan proses pembelajaran
yang sistematik untuk meningkatkan prestasi akademik saya.
Tutortial

Q1: Apakah jenis gaya pembelajaran yang diaplikasi dalam gambar di atas?
Ans: Jenis visual dalam Model gaya pembelajaran Vark !
Anda akan lebih mengingati apa yang disampaikan oleh kartun arnab kerana pergerakannya berjaya menarik perhatian anda.
Q2: Mengenal pasti gaya pembelajaran kendiri pelajar dengan mengisi inventori gaya pembelajaran yang boleh diperoleh daripada internet:
Inventori gaya pembelajaran Kolb---- Kolb's Learning Style
or
Inventori gaya pembelajaran Vark---- The Vark Quentionnaire
Maklumat Tambahan
Gaya Pembelajaran Kendiri

Adakah anda mempelajari ilmu pengetahuan yang baru dalam blog ini?
Selamat belajar!!!
No comments:
Post a Comment