8.1 Konsep dan Ciri-Ciri
Sistem pengurusan Pengajaran (SPP) merupakan satu sistem yang boleh mengurus aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan. Secara khususnya, SPP merupakan perisian yang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk merancang, menghantar dan menguruskan program e-Pembelajaran. SPP digunakan untuk menyampai, menjejak dan mengurus latihan.
SPP yang paling mudah ialah SPP yang digunakan bagi mengurus rekod latihan. Manakala SPP yang lebih kompleks ialah perisian yang digunakan bagi menyampaikan kursus melalui internet dan menawarkan kemudahan kolaborasi secara atas talian.

a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran
b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber
Manusia
c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran
Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut:
• Maklumat mata pelajaran
• Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat
• Kemudahan komunikasi
• Kemudahan penilaian
8.2 Kegunaan SPP
SPP menyediakan kemudahan bagi menguruskan interaksi antara pelajar dengan tenaga pengajar melalui media komunikasi yang disediakan. Media komunikasi yang terkandung di dalam SPP antaranya ialah forum, papan buletin,e-mail dan chat room. Ianya merupakan media terbaik bagi tujuan komunikasi dalam e-pembelajaranE-Learning Centre’s (eCLIPSE, 2002) telah mengenalpasti sepuluh modul yang diperlukan dalam perisian SPP. Modul-modul tersebut adalah seperti berikut:
a) Modul Pengurusan Kursus
b) Kemudahan animasi dan demonstrasi bahan pembelajaran atas-talian
c) Pengujian dan Penilaian interaktif atas-talian
d) Forum dan Diskusi
e) Perisian Perbincangan Berkumpulan (Groupware)
f) Modul mesyuarat atas-talian (Windows NetMeeting)
g) Kemudahan perkhidmatan komuniti atas-talian
h) Ruangan Chat
i) Modul bagi menjana pembelajaran secara kolaborasi
j) Modul mengesan aktiviti pembelajaran (Weblogging)
Terdapat beberapa modul SPP di atas yang telah digunakan dan diintegrasikan dalam laman web. Sebagai contoh ialah modul komuniti atas-talian yang mengandungi kemudahan forum, message board dan bilik chat.
SPP Online
Kebanyakan SPP adalah berasaskan web bagi memudahkan capaian terhadap maklumat berkaitan isi kandungan pembelajaran dan pentadbiran pada sebarang masa, tempat dan keupayaan pengguna.
Contoh aplikasi SPP ialah penyediaan pembelajaran atas talian (contohnya; latihan berasaskan komputer), pentaksiran atas talian, pengurusan pendidikan profesional, pembelajaran kolaboratif (contohnya: perkongsian aplikasi, perbincangan atas talian), pengurusan sumber latihan (contohnya: instruktor, kemudahan, kelengkapan) dan lain-lain lagi.
Landasan SPP
Senarai di bawah adalah sebahagian daripada landasan (platform) SPP yang ada.
Sumber terbuka:
• ATutor – Open Source Web-based Learning Content Management System
• Dokeos – eLearning and Course Management Web Application
• ILIAS – Open Source Learning Management System
• Moodle – Open Source Course Management System
Sistem tertutup:
• WebCT
• Blackboard
• eCollege
Perisian sumber terbuka (open source) boleh dimuat turun, diubahsuai dan diedarkan semula.
8.3 Kepentingan LMS.....
MS digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.Selain itu,LMS turut digunakan di SPIN dan yahoogroups.Melalui SPIN,pelajar boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui sambungan internet.Selain itu,melalui pangkalan Data-Link Web,membolehkan pengesanan pelajar dan computer,merekod dan dapat menganalisis prestasi pelajar.Di samping itu,LMS juga digunakan di yahoogroups melalui kursus komputer dalam pendidikan di Fakulti Pendidikan,UKM.Ia sebagai satu langkah ke arah pembelajaran secara maya.Para pelajar dan pensyarah yang menyertai kumpulan di dalam yahoogroups akan memperolehi info atau maklumat mengenai pembelajaran di sana serta mewujudkan komunikasi antara pelajar denagn pelajar lain,dan pensyarah secara maya.Selain itu,LMS turut digunakan di Pejabat,Makmal,Bilik Tutorial,dan di dalam kelas.Oleh itu,LMS digunakan dengan menyeluruh pada masa kini.
Siapa yang menggunakan LMS..

Bagaimana LMS digunakan..
· Memusatkan dan strategi pembelajaran
· Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu
· Memasang dan menyampaikan kandungan pembelajaran dengan cepat.
· Menggabungkan inisiatif latihan pada platform berasaskan web yang berskala.
· Mudah alih sokongan dan standart
· Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
Selain itu,LMS di SPIN menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran interaktif yang memerlukan ID pelajar dan password yang sah bagi memasuki ke halaman SPIN.SPIN digunakan secara interaktif dan mempunyai fungsi yang pelbagai.
Kepentingan LMS adalah....
· Kelebihan LMS kepada pelajar adalah,dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.
· Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.
· Kelebihan LMS kepada pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.

· Moodle
· Adope captive
· Adope photoshop
· LINUX
· DOS
· UNIX
Refleksi
Sistem pengurusan pembelajaran merupakan sistem yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu institusi pembelajaran. Sistem ini lebih canggih berbanding sistem manual kerana menggunakan internet melalui e-pembelajaran untuk memperoleh di laman web universiti, institut atau kolej. Cara ini amat memudahkan pengurusan dilaksanakan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di institut berkenaan. Dalam pada itu, sistem ini juga digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran serta mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, sistem ini amat menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar serta memudahkan para pensyarah untuk menyampaikan arahan serta maklumat pembelajaran.
Maklumat Tambahan
No comments:
Post a Comment