Saturday, 8 October 2016

Tajuk 6: Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyelidikan Bahan Bertulis


Apakah Kemahiran Memposes Maklumat?


Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar mmenggabungkan, mengintegrasikan, atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip iduksi atau deduksi.

·  Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat.




MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

•      Analisis data merupakan  satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna  untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil.
•      Dalam menganalisis data, anda perlulah pastikan bahawa anda mempunyai lebih dari tiga data untuk dianalisis.
•      Data kualitatif dan data kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis.
•      Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu dianalisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat.
•      Antara tujuan untuk menganalisis data adalah seperti berikut :-


Menghubungkaitkan fakta
Mensintesiskan data
Membandingkan fakta
Membaca yang tersirat
Membuat kesimpulan




·         Antara langkah menganalisis data yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan :-

Langkah analisis data kualitatif

Langkah 1
•      Tengok maklum balas secara lalu
•      Ambil nota berdasarkan  tema yang muncul, isu atau faktor
•      Cari item yang berulang atau penting
•      Pemerhatian, video, audio
•      Temu bual, rekod dan taip semula
•      Boleh guna untuk jadual, ditulis mengikut tema

Langkah 2
•      pilih 3-4 tema / kategori yang muncul dan bina matriks
•      Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
•      Letak tema / kategori di atas dan senaraikan pelajar di bahagian tepi
•      Boleh gna kod warna, membuat perbezaan mengikut kategori

Langkah 3
•      Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
•      Baca tnjauan(soal selidik) dan highlight kata kunci yang berkaitan dengan   tema atau kategori yang telah dikenal pasti
•      Rekodkan dapatan dalam kotak ang bersesuaian di dalam carta yang telah dibina

            Langkah 4
•      Tanya( apa yang telah anda dapat)
•      Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat matriks
•      Pola konsep
•      Pola sikap
•      Tulis / rekod pemerhatian di bawah carta matriks
•      Contoh :-
Orang pelajar(siapa yang bercakap banyak)
Perkataan takut diucap banyak kali
Sokongan bacaan jurnal

Langkah 5
•      Kesimpulan yang boleh dibuat
•      Rekod kesimplan sama ada di bawah matriks atau dalam kertas yang berasingan
•      Berikut ini dinyatakan ringkasan data analisis yang boleh anda lakukan ketika menganalisis data yang telah dikumpul.



Proses analisis data

  • Reka bentuk  pendekatan sistematik, simpan semua data
  • Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
  • Cari tema pola
  • Susun data berdasarkan apa yang dipelajari daripada data
  • Masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yangg dicari
  • Baca lebih daripada sekali
  • Bina imej visual dengan cara yang kreatif
  • Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  • Kongsi dapatan; perbincangan akan timbulkan soalan baru
  • Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
  • Cari tema dan pola
  • Ringkasankan tema kepada 3-5 idea
  • Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
  • Bina subtema jika perlu
  • Simpan nota secara berterusan, dapatan kadangkala mengejutkan
  • Semak maklumat untuk mencari idea yang kerap atau muncul secara dominan
  • Kenal pasti perkara utama
  • Cari maklumat untuk menyokon g dapatan kajian

Image result for cute pictures tumblr





MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN

•      Pelajar  boleh mentafsir maklumat berdasarkan pelbagai data yang telah dikumpulkan melalui pencarian maklumat sebelumnya.
•      Antara tujuan mentafsir maklumat:-
Mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat yang diperoleh
Menyatakan hubungan di antara maklumat
Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan


·         Prinsip asas dalam pentafsiran  terhadap maklumat yang anda perolehi :

  • Data yang holistik
  • Memastikan keseimbangan  dalam memberikan pendapat
  • Pentafsiran yang tidak mengetepikan unsur humanistic


·         Antara ciri pentafsiran yang boleh anda gunakan untuk tafsiran terhadap maklumat yang anda perolehi :-

a.     Bersifat holistik
b.    Berasaskan elemen
c.    Merujuk kriteria
d.    Panca instrumen
e.    Berpusatkan bahan dan elemen
f.     Pelbagi bentuk
g.    On-line
h.    Berterusan




Berikut adalah contoh soalan dan jawapan untuk menerangkan kemahiran mentafsir data:




Pola / Corak ( buat bacaan pada PB)
Menaik, mendatar dan menurun

Tujuan
Menyiasat hubungan antara suhu dengan bilangan strawberi

Hubungan/Kesimpulan
Semakin bertambah suhu
Semakin bertambah bilangan strawberi, sehingga suhu antara 21 dan 27 bilangan 
strawberi tidak berubah, dan menurun selepas suhu 27

Rumusan
Bilangan strawberi paling banyak jika ditanam pada suhu antara 21 ºC hingga 27 ºC.
Image result for cute pictures tumblr






MENILAI Maklumat

Setelah melakukan teknik-teknik yang sebelum ini, maklumat yang diperoleh perlu terlebih dahulu dinilai kesahihannya.


a)    Perbandingan fakta dan pendapat


b)    Tahun penerbitan dan autoriti
       -Tahun penerbitan adalah untuk mengetahui sama ada maklumat tersebut terkini atau tidak manakala autoriti pula adalah untuk mengetahui  asal-usul maklumat tersebut serta boleh dipercayai atau tidak.


       Bagi menentukan kesahihan maklumat tersebut , anda perlu menyemak:-
v  Siapakah pengarang yang  menulis karya berkenaan?
v  Apakah kelayakan akademik penulis?
v  Apakah karya-karya lain yang pernah dihasilkan?
v  Adakah pengarang tersebut seorang yang pakar dalam bidang     yang ditulisnya?


c) Kumpulan sasaran dan penerbit

   - Adalah penting untuk anda menyemak sama ada maklumat bersesuaian  atau tidak untuk kumpulan sasaran tertentu.


d) Bahan popular dan akademik

    - Bahan-bahan yang popular selalunya memaparkan maklumat yang berbentuk pendapat dan kurang fakta berbanding dengan bahan akademik. Bahan akademik biasanya mempunyai rujukan tertentu dan lebih kepada fakta .

Image result for cute pictures tumblr





MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN
BERTULIS

v  Peringkat sintesis adalah peringkat untuk menjadikan data dalam
    bentuk baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan
    mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru.
v  Dapat memudahkan pemahaman daripada pelbagai sumber
    maklumat.
v  Pelajar perlu menyediakan data yang lebih sistematik supaya data
    dapat disintesis dengan lbih sempurna.
v  Proses ini juga menggabungkan unsur yng berlainan untuk

    menghasilkan satu gambaran menyeluruh dengan cara:-

  • Menggabungkan idea
  • Menggubal semula
  • Menyatukan idea-idea


v  Proses  sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna akan
    menjadikan maklumat lebih bermakna agar mudah difahami
    oleh pembaca.
v  Laporan bertulis digunakan untuk melaporkan sesuatu hal atau
    peristiwa yang berlaku.
v  Dalam menulis laporan, penulis hendaklah mengetahui segala
    butir tentang hal ataupun peristiwa, isu atau tajuk yang hendak
    dilaporkan.
v  Butiran yang perlu dimasukkan ialah; apa, siapa, bila, di mana,
    dan mengapa.
v  Ellins dan Hopkin (1985) telah mendefinisikan laporan sebagai
    dokumen untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca
    yang khusus.
v  Menurut nuraini (1991:69), laporan juga boleh dikategori
    berdasarkan tujuan penulisan yang dikenal pasti sebagai:-

  • Makluman
  • Pemujukan
  • Penerangan
  • Sejarah


v  Bagi mendapatkan laporan yang tepat, pelapor seharusnya:-

  • membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti
  • Membuat rekod sesuatu peristiwa
  • Menganalisa aktiviti
  • Mensintesis sesuatu pelan tindakan
  • Mmenghuraikan sesuatu peristiwa


Penyediaan laporan bertulis
Terdapat beberapa cara untuk menyediakan laporan bertulis dan cara berkenaan bergantung kepada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk menyiapkan laporan berkenaan.



Antara cara penyediaan laporan :-

Ø  Memilih topik sekiranya tidak diberikan
Ø  Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
Ø  Meneliti dan memilih maklumat yang releven  dengan topik
Ø  Membuat nota
Ø  Menyediakan kerangka laporan
Ø  Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik
Ø  Melengkapkan laporan dengan jadual, graf dan bahan grafik
   lain yang sesuai..
Ø  Menyemak draf
Ø  Membuat pemurnian dan menulis draf kedua
Ø  Menerbitkan laporan




Panduan menulis laporan


  • Tajuk kajian, nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan
  • Penghargaan
  • Abstrak
  • Halaman kandungan
  • Latar belakang kajian
  • Penyataan masalah/isu keprihatinan/fokus kajian
  • Objektif kajian
  • Metadologi kajian
  • Perancangan
  • Pelaksanaan perancangan
  • Dapatan kajian
  • Refleksi
  • Kesimpulan dan cadangan 
  • Rujukan
  • Lampiran
Image result for cute pictures tumblr
Refleksi

Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan, atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip iduksi atau deduksi.Tujuannya supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan. Terdapat beberapa langkah untuk memproses meklumat secara betul yakni menganalisis maklumat yang dikumpul, mentafsir dan membuat kesimpulan, menilai maklumat, mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan bertulis.

Sebelum memulakan sesuatu tugasan, kita harus menganalisis segala maklumat yang dikumpulkan secara sistematik. Contoh bentuk maklumat ialah jadual, graf lengkung, bar, pai, piktograf. Hanya dengan stastitik yang tepat, hasilan kita dapat dianggap benar dan berkualiti.  Kemudian, kita patut mentaksir dan membuat rumusan untuk hasil pencarian maklumat. Sebagai contoh, kita boleh memecahkan data kepada bahagian kecil, membezakan antara fakta dan hipotesis serta antara idea utama dan idea sampingan.

Penilaian akan dilaksanakan ke atas data yang ingn dijadikan rujukan. Antara faktor penting dalam penilaian ialah autoriti, ketepatan, saksama, nilai semasa, lengkap dan jelas. Sintesis ialah proses yang sukar kerana memerlukan pelajar memupuk aras kognitif tinggi dan kritis. Ia boleh difahami sebagai cara untuk menggabungkan semula dan menyatukan idea.


Tuntasnya, segala kemahiran tersebut akan kerap digunakan sepanjang tempoh pembelajaran kita untuk menghasilkan karya yang bermutu tinggi dan asli.


Maklumat Tambahan




No comments:

Post a Comment