Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Sebagai seorang pelajar sikap anda terhadap apa juga bentuk pentaksiran sangat penting. Memahami pentaksiran tersebut, terutama yang terlibat dengan diri anda sangat membantu semasa melaksanakan pelabagai tugasan dan menghadapi ujian atau peperiksaan.
JENIS- JENIS PENTAKSIRAN
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran Hasil Pembelajaran
Pentasiran Performed Based PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.
Ciri- ciri pentaksiran autentik
Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.
b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
d) Subjek membina maksud yang tersirat.
e) Berpusatkan kanak-kanak.
CONTOH- CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK
-Persembahan tarian
-Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
-Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
- Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio
KEBAIKAN KEPADA PELAJAR
Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.
KEBAIKAN KEPADA GURU
Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuan pelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan

Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian.
a.) Penilaian
Tujuan : menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standard dan kriteria yang digunakan.
Formatif
•Tujuan : memperbaiki / mengenal pasti kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan.
Sumatif
•Penilaian yang dilakukan pada akhir sesuatu pengajaran / program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat barkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sepanjang tahun.
b.) Pengujian
c.) Pengukuran

> dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus subjek. Penilaian dilakukan dalam 3 aspek
- Penulisan esei
- persembahan
- penulisan refleksi.

Refleksi
Sepanjang kehidupan ini, kita sentiasa menghadapi dengan pelbagai penilaian serta pentaksiran daripada pelbagai pehak. Antaranya, pelajar sering ditaksir melalui keputusan peperiksaan di sekolah.
Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan. Manakala pula, Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaian Bina Insan Guru (BIG) dan penilaian gerak kerja kokurikulum.
Selain itu, tugasan kerja kursus dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus sesuatu subjek. Dalam pada itu, integriti dituntut dari setiap pelajar semasa melaksanakan tugasan kerja kursus. Hasil kerja kursus mestilah idea dan pandangan diri sendiri. Misalnya, membuat laporan hasil kajian diri sendiri atau kumpulan dan menyiapkan kerja amali dengan idea yang asli dan bukan dari individu lain.
Konsep Pentaksiran
No comments:
Post a Comment