Saturday, 8 October 2016

Tajuk 10: Penyesuaian Sosial



Penyesuaian sosial merupakan suatu istilah yang banyak merujuk pada
proses penyesuaian diri seseorang dalam konteks interaksi dengan lingkungan

sekitar. 


Pengertian penyesuaian sosial menurut Chaplin dalam Kartini Kartono
(1993) adalah:

a. penjalinan secara harmonis suatu relasi dengan lingkungan social
b. mempelajari tingkah laku yang diperlukan atau mengubah
kebiasaan yang ada sedemikian rupa sehingga cocok bagi suatu
masyarakat sosial. 



10.1 Kemahiran intrapersonal


KECERDASAN INTRAPERSONAL

Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.


Seterusnya, terdapat beberapa aktiviti yang boleh melatih kecerdasan interpersonal antaranya ialah dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, dan mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi, ahli psikologi dan lain-lain.



Image result for intrapersonal communication




10.2 Kemahiran interpersonal


Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut. Menurut Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat.


Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat. Sebenarnya kecerdasan I terpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan antara individu yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan berkerjasama dalam membuat sesuatu permainan. Menurut Gardner (1983), kebiasaanya kita hanya akan melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini di dalam situasi vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin
organisasi dan lain-lain.


Image result for interpersonal communication





10.3 Pelajar sebagai ahli komuniti pelajaran


KOMUNITI PEMBELAJARAN 

Definisi komuniti 

Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. 

Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. 





Pembelajaran tidak merujuk kepada perubahan akibat perkembangan seperti mengalami pertambahan ketinggian. 

Dalam mendefinisikan pembelajaran, Stalling (1973) telah menetapkan tiga kriteria penting iaitu : 
1) Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku. 
2) Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. 
3) Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. 

Mengikut apa yang dikatakan oleh Stalling ini, pembelajaran dikatakan berlaku sekiranya tingkahlaku seseorang individu itu berubah, melibatkan sesuatu pemikiran dan mengalami perubahan melalui pengalaman atau latihan.

  • Pendapat yang diutarakan oleh Stalling ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Woofolk (1998) yang mengatakan, ‘….. learning occurs when experience causes a relatively permanent change in an individual’s knowledge or behavior. The change may be deliberate or unintentional, for better or for worse’. 

  • Crow dan Crow (1983) pula menyifatkan pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap serta melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. 

  • Manakala menurut Rahil Mahyuddin (2000), pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku yang melibatkan keterampilan kognitif; iaitu penguasaan ilmu dan penguasaan intelek. 

  • Sebagai rumusannya, pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku yang kekal. 

Image result for student and ict



Dalam proses pembelajaran, perubahan tingkahlaku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan, pengalaman, celik akal atau cuba jaya. 

Pembelajaran berlaku secara disedari atau tidak disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku sepanjang hayat. 

Konsep komuniti pembelajaran Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku.

 Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya. 

Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran) Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut.

 Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya. 





Image result for sharing information



10.4 Isu-isu perkongsian maklumat


Pengurusan ICT di sekolah ini tidak akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta semua maklumat yang penting yang dikendalikan.

Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. 

Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. 

Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. 

Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. 

Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. 

Salah satu aplikasi tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. 

Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.

Image result for sharing information




10.5 Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik


ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

1.Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelakidan perempuan dalam sistem akademik.

2.Keputusan  peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM)pada   tahun   1996-2000   menunjukan   pelajar   perempuanmemperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajarlelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.

3.Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baikdalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta danperaturan yang jelas.

4.Pelajar   lelaki   lebih   cenderung   kepada   tugasanberbentuk   terbuka   yang   berkaitan   dengan   situasi   yangrealistik dan praktikal.

5.Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.

6.Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.

7.Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan
Image result for isu gender




Refleksi

Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran penyesuaian sosial amat dominan dalam kehidupan seorang pelajar. Sebagai pelajar Institut Pendidikan Guru, kami perlu pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan terutamanya dari segi pengurusan pembelajaran, kehidupan serta penilaian. Seandainya individu tersebut tidak menguasai teknik ini secara baik, mescaya mereka akan menghadapi tekanan yang berat. Selain itu, terdapat dua aspek yang utama dalam penyesuaian sosial iaitu kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal. Kemahiran intrapersonal merupakan proses komunikasi yang wujud dalam diri sendiri. Ini boleh dianggap sebagai satu peluang yang membantu individu tersebut lebih memahami diri sendirinya untuk membantu perkembangan sahsiah dan nilai terpuji. Manakala kemahiran intrapersonal akan berlaku semasa dua atau lebih orang berintekrasi. Kemahiran ini penting terutamanya kepada pelajar untuk menjalin hubungan erat dengan rakan sebaya, senior dan pensyara mereka.   




Maklumat Tambahan

kemahiran interperonal

No comments:

Post a Comment