Saturday, 8 October 2016

Tajuk 4 Teknik membaca









Pembacaan Cepat


Teknik ini biasanya digunakan apabila pelajar ingin memilih artikel sama ada bahan dalam artikel berkenaan sesuai atau tidak dengan apa yang diingini dan mengikut keperluan.


  • teknik luncuran / skimming
  • teknik imbasan / scanning




a) LUNCURAN / SKIMMING


Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti.
-Membaca suatu artikel secara sistematik, dari mula hingga tuntas tanpa berhenti.-Purata kelajuan orang yang berpendidikan sekolah tinggi adalah sekitar 300 kata per minit.

-Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
-Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara keseluruhan.



MANFAAT

-Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
-Menjimatkan masa dan tenaga.
-Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.
-Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
-Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.





TUJUAN



-Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.







 SKIMMING


-Teknik bacaan pantas sementara.
-Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat.
-Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam muka surat yang sama.
-Melompat dari satu muka surat ke muka surat yang lain.
-Hanya kepantasan dititik beratkan.
-Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf dihitamkan, dan sebagainya.








b) IMBASAN / SCANNING



- Maksud 

           biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada teknik luncuran


- Tujuan 
           Mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada persoalan pembaca


- Kaedah 

           Membaca kandungan dengan pantas + catat kata kunci + cari konsep


-Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas.
-Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum.
-Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat.
-Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit.
-Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan.
Image result for scanning skills







Pembacaan Perlahan


-Berfikiran kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda baca.
-Berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian terhadap bahan yang telah dibaca.
-Berkemampuan untuk mengikut logik dan pengolahan sesuatu bahan.




TUJUAN

-Meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan mendalam.
-Menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi kandungan.
-Menilai dan menganalisis penulisan.



MANFAAT
-Lebih memahamai bahan bacaan.
-Mudah untuk mengingati isi-isi penting.



SQ3R


-Survey (Teroka)
-Question (Tanya)
-Read (Baca)
-Recite (Sebut)
-Review (Ulang)


Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik dan mahir membaca. Tujuan
menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks
yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori
Robinson (1941).

S-SURVEY (Tinjau)
Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Pelajar hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.
Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning. 

Q-QUESTION (penyoalan/pertayaan)
  • Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.
  • Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks.
  • Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi.
  • Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.
  • Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan – peramalan jawapan yang paling relavan.


R-READ (Baca)
  • Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
  • Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi.
  • Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan tambahan.
  • Sepanjang masa membaca, pelajar boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.
  • Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal ini beerti pelajar tidak semestinya menerima semua maklumat yang terdapat dalam teks.


 R-RECITE (Imbas kembali)
  • Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan, pada peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.
  • Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks.
  • Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat teks. Pelajar boleh membandingkan ketepatan jawapan mereka.


R-REVIEW (Baca semula)
  • Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
  • Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas.
  • Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.
  • Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question/pertanyaan. Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh maklumat yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara berkesan.

Image result for SQ3R

KWLH

-Know (Perlu Diketahui)
-Want (Hendak Diketahui)
-Learn (Telah Dipelajari)
-How (Cara untuk Belajar)


 Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan/teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.

KWLH bermaksud:

  • K (know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan.
  • W (what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan.
  • L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting daripada tajuk atau topik yang dibaca.
  • H (how) – Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) – catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca teks/tajuk tersebut.


Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam pengajaran?

  • Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan.
  • Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa).Image result for KWLH
Refleksi

Terdapat dua cara pembacaan iaitu pembacaan cepat dan pembacaan perlahan. Pembacaan Cepat biasanya digunakan apabila pelajar ingin memilih artikel sama ada bahan dalam artikel berkenaan sesuai atau tidak dengan apa yang diingini dan mengikut keperluan.  Skimming merupakan kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti manakala kaedah scanning biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada teknik luncuran.Pembacaan perlahan juga terdiri daripada dua teknik iaitu teknik K-W-L-H (KNOW, WANT, LERANED, HOW) dan teknik SQ3R (SURVEY, QUESTION, READ, RECITE, REVIEW).


Pada pendapat saya, kedua-dua cara pembacaan ini amat dominan kepada seseorang pelajar. Pembacaan cepat dapat membantu menjimatkan masa, tenaga serta wang pelajar tersebut kerana lebih cenderung kepada pencarian isi utama. Manakala pembacaan perlahan dapat membantu pelajar meneliti bahan bacaan dengan terperinci untuk memahami segala ilmu pengetahuan yang disampaikan. Sekiranya kita dapat menguasai teknik-teknik tersebut, nescaya kita dapat mencapai kejayaan dalam pelajaran. 


Maklumat Tambahan


No comments:

Post a Comment