Saturday, 8 October 2016

Tajuk 5: Kemahiran Mengambil Nota dan Membuat nota



Apakah itu nota?


  • Nota adalah ringkasan dan isi –isi penting dari matapelajaran yang kita dipelajari. Kejayaan seseorang pelajar di dalam peperiksaan banyak bergantung kepada kemampuannya menyediakan nota yang baik.
  • Hasil dari satu eksperimen yang dijalankan didapati pelajar yang membuat nota mendapat 65% manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan semata-mata hanya 25% 




Kenapa perlu catat nota ?







Cara-cara membuat nota:





Annotation

  • Nota yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting.
  • Bertujuan untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan.
  • Kebiasaanya menggunakan highlighter untuk menonolkan perkataan atai isi penting yang dinyatakan.
Contohnya:
  • Menulis  di ruangan tepi
  • Menggaris  fakta
  • Menanda isi Penting 
  • Menggunakan tanda ?
  • Menggunakan tanda rait dan x 
Image result for annotation examples


Outline Note


Disediakan dalam bentuk mata (point) dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan.
Menyenaraikan point dan subpoint.

Point Utama

1. fokus kajian/ isu keperihatinan

Subpoint 

1. isu keperihatinan/ fokus kajian, tinjaun masalah dan analisis masalah
  • Guna frasa dan kata kunci
  • Boleh menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation 
Image result for outline note



Column Note

  • Dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum.
  •  Idea utama/tauk berada disebalah kiri manakala penerangan atau penjelasan kepada tauk dan subtajuk.
Image result for column note



Nota Rumusan


Nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca atau yang didengari TETAPI bukannya ringkasan.

Image result for nota rumusan


Nota Lajur


Lebih sesuai bagi  subjek  Sains dan Matematik
Image result for nota lajur



Peta Minda

  • Tidak perlu ikut susunan linear
  • Tajuk utama menjadi nukleus dan idea utama
  • Konsep membentuk cabangnya
  • Garisan menghubungkan  kaitan antara idea  dan konsep
Image result for peta minda


KELEBIHAN MEMBUAT NOTA

  • Menjimatkan masa untuk ulangkaji ringkas terutamanya disaat akhir peperiksaan.
  •  Nota sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran berikut.
  • Membezakan diantara fakta yang penting dan yang kurang penting . Ini bererti nota yang kita tulis itu adalah rumusan penting yang sebaik-baiknya kita kuasai dan hafal.
  • Memudahkan proses mengingat



KATA-KATA SEMANGAT


Kunci kejayaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.



ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA

PENGURUSAN GRAFIK

  • membantu guru dan pelajar memvisualkan apa yang difikirkan berkaitan konten dan isi kandungan sesuatu teks atau bahan pembelajaran
  • -merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang digunakan untuk mewakili perhubungan antara maklumat berkaitan sesuatu idea atau fokus
-contoh:
Membanding dan membeza
Rajah jaringan
Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
Membuat urutan mengikut pangkat
Sebab dan kesimpulan
Rangkaian sebab
Membuat keputusan
Meyelesaikan masalah



JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN

-PG membanding dan membeza
-PG membuat kategori
-PG meneliti bahagian dan keseluruhan
-PG membuat sekuen
-PG menerangkan sebab
-PG membuat ramalan
-PG menyusul periksa andaian
-PG membuat inferen
-PG mengesahkan sumber maklumat
-PG menjana idea
-PG mencipta analogi
-PG mencipta metafora
-PG membuat keputusan
-PG menyelesaikan masalah

Image result for person thinking





KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK

    (I)       GARIS
   (II)       BULATAN
   (III)      GAMBAR
   (IV)     PERKATAAN





CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK

  (I)  Merancang dan menyusun idea
  (II) Memahami proses pemikiran kendiri             
  (III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat
 (IV) Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut

Image result for person thinking





Faedah Menggunakan Pengurusan Grafik di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

  • Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas.
  • Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan.
  • Dapat digunakan sebagai alat mencetus idea dan menyusun maklamat untuk penulisan dan lisan.
  • Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif.
  • Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna.
  • Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat.
  • Mengawal proses pemikiran yang bersesuain dengan pengurusan grafik yang mengambarkan proses pemikiran,  pelajar dibimbing untuk berfikir secara analitis dan krisis. 
Image result for childbird
PEMETAAN I-THINK:

1.Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

Image result for circle map





2.Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

Image result for buble map






3.Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

Image result for double bubble map





4.Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

Image result for tree map





5.Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

Image result for brace map





6.Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

Image result for flow map





7.Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.


Image result for multiflow map





8.Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Image result for bridge map





TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI



TEKNIK SOKRATIK

Pengertian:
• Mengambil sempena nama ahli falsafah Greek, Socrates (470 – 399 SM).
• Mengutamakan penyoalan.
• Bertujuan untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar secara logik dari yang belum diketahui kepada yang diketahui.
• Taraf pemikiran yang boleh dicapai bergantung kepada jenis soalan yang ditanya ; peringkat rendah /peringkat tinggi.



Jenis-jenis Soalan

1. Peringatan
• Sangat popular
• Pelajar tidak dikehendaki menggunakan daya pemikiran
• Tentang perkara-perkara dan orang dalam Sejarah
Cth. Siapakah pelukis potret ‘Mona Lisa’
Bilakah Perjanjian Pangkor ditandatangani?

2. Pemikiran
• Memerlukan penjelasan atau sebab-sebab
• Pelajar mencari maklumat dan membuat hubungan dalam pemikiran mereka di antara beberapa faktor
• Mencari perhubungan sebab dan kesan

Cth: Apakah faktor-faktor yang telah mencetuskan Revolusi
Perancis?
Mengapakah Inggeris campur tangan di Tanah
Melayu?

3. Pertimbangan
• Pelajar dapat dilatih dalam kemahiran Sejarah
• Pelajar digalakkan membuat keputusan sendiri terhadap tiap-tiap kejadian
• Pelajar tidak semestinya menerima sebagai benar keterangan dan pendapat guru atau pengarang buku.

Contoh: Adakah benar penjajahan Jepun tidak membawa sebarang kebaikan kepada Tanah Melayu?
Adakah benar imperialisme Barat telah memberi manfaat kepada masyarakat setempat?




SOALAN BERCAPAH                    

  • Aras tinggi 
  • Jawapan atau respons luas
  • Bersifat terbuka
  • Lebih bersifat subjektif
  • Sesuai menguji penaakulan dan pentaksiran


SOALAN BERTUMPU
  • Aras rendah
  • Jawapan atau respons terhad
  • Bentuk tertutup
  • Sesuai menguji daya ingatan
  • Lebih bersifat objektif

LINGKARAN SOALAN

Soalan jenis ini telah diperkenalakanoleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan   di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.
Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus Perkara (P), Individu (I), Luar Individu (LI).


ALAT-ALAT CORT 1

Alat berfikir cort (Cognitive Research Trust) telah mula diperkenalkan oleh Edward De Bono.

Alat berfikir telah terbahagi kepada 6 bahagian iaitu :
1. Keluasan persepsi
2. Organisasi proses berfikir
3. Pemikiran kritis
4. Pemikiran kreatif
5. Maklumat dan perasaan
6. Tindakan



TEKNIK-TEKNIK CoRT :

    1.PMI ( Plus Minus Interesting )

       -Baik, buruk, menarik
       -Meluaskan pandangan orang lain
       -Berfikir tentang kebaikan, kelemahan dan perkara menarik tentang sesuatu perkara.
     
     2. CAT ( Consider All Factors)
       -Ambil kira semua faktor
       -Keputusan yang dibuat akan mempengaruhi individu dan persekitaran

     3. C & S ( Consequences & Sequal )
        -Kesan mengikut jangka masa
        -Kaji akibat kesan-kesan tertentu

     4. AGO ( Aim Goal Objective )
       -Tujuan matlamat6 objektif
       -Tentukan hala tuju, fokus, matlamat utama dan elakkan penyelewengan

     5. FIP ( First Important Priorities)
        -Kepentingan Utama
        - Kenal pasti keutamaan yang memerlukan tindakan

     6. OPV ( Other People View )
       -Pandangan Orang Lain
       -Pentingkan pandangan dan pendapat orang lain
       -kaji kesan terhadap orang lain

Image result for person thinking



ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT IV


1.input rawak
2.mengasingkan kelemahan
3.mentakrifkan masalah
4.penilaian 
5.menentukan keperluan
6.kombinasi
7.idea dominan
8.mencabar konsep
Image result for person thinking


Refleksi

Amalan mengambil nota dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari dan digunakan semasa mengulang uji peperiksaan secara berkesan dan cekap.  Antara aspek penting semasa mencatat nota yang baik ialah mengetahui idea utama, mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis, menggunakan cara yang sesuai, menggunakan cara menulis nota bentuk grafik, menggunakan perkataan sendiri dan mencatat sumber maklumat yang diperoleh. Terdapat beberapa cara mencatat nota iaitu annotation, outline notes, column notes dan nota rumusan.

Bagi saya, nota annotation yang ditulis dalam bentuk kerangka isi penting merupakan kaedah mencatat nota yang paling mudah dan kerap digunakan. Ia bertujuan untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan. Saya suka menggunakan highlighter untuk mengingatkan diri tentang isi penting. Outline Note disediakan dalam bentuk mata (point) dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan. Pelajar hanya perlu menyenaraikan point dan subpoint. Column Note dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum. Idea utama berada disebalah kiri manakala penerangan atau penjelasan kepada tauk dan subtajuk. Manakala nota rumusanyang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca atau yang didengari tetapi bukannya ringkasan.

KBAT ketika ini berasaskan domain kognitif dalam Taksonomi Bloom iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mencipta dan menilai. Soalan KBAT kian bertambah dominan dalam peperiksaan pada mana-mana peringkat pendidikan kerana mampu melatih pelajar agar mengamalkan fikiran yang matang dan kreatif. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus menguasai teknik untuk menjawab soal aras tinggi secara logikal.


Di samping itu, alat cort 1 menggalakkan pelajar supaya berfikiran kreatif dan lateral. Ia berfungsi untuk menilai keluasan persepsi terhadap sesuatu yang sedang difikirkan agar dapat meningkatkan kecekapan kerja. Manakala alat cort 4 membantu seseorang individu untuk meningkatkan kualiti kehidupan dengan pelbagai peluang, ruang, dimensi dan perpspektif baharu dan asli melalui penyemaian nilai kreatif dan inovasi.



Maklumat Tambahan

No comments:

Post a Comment