Wednesday, 28 September 2016

Tajuk 1: Pengenalan Kemahiran Belajar



1.1 Konsep Kemahiran Belajar


  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kemahiran bermaksud kecekapan, kepandaian yang terlatih untuk mengerjakan sesuatu dengan lancar, cekap, lancar dan pandai. 
  • Kemahiran belajar boleh didefinisikan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang mendapatkan ilmu pengetahuan.
  • Harold Pashler (2009) dalam buku Learning Styles: Concepts and Evidence berpendapat bahawa kemahiran belajar (learning styles) bermaksud apakah cara yang paling efektif bagi pelajar belajar.
  • Pada abad ke-21, kemahiran belajar disebut sebagai 4C iaitu, 

>pemikiran kritis (crictice), 

>pemikiran kreatif (creative),

 >kemahiran berkomunikasi  (communication) 

 >kemahiran berkolaborasi (collaboration).Image result for student studying




1.2 Persekitaran Pembelajaran di IPG


Robert M Gagne 
pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu.

Anita E. Woolfolk 
pembelajaran sebagai proses di mana pengalaman yang pernah dialami menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.

Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.

Terdapat 8 kerja kursus untuk semester 1 yang wajib disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam tempoh masa 4 hingga 6 minggu untuk kursus major dan bukan major di IPG.

Bimbingan pensyarah semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi.

Pelajar IPG lebih berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.



Pelajar IPG harus menguasai kemahiran.....

  • mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan.
  • mencari maklumat kerana terdapat banyak dan pelbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan.
  • menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan.
  • membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan.
  • memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.
  • menulis secara akademik supaya mampu menghasilakan bentuk penulisan yang menarik dan senang difahami.
  • pandai menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet bagi mendapatkan bahan pembelajaran amnakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada buku teks.
  • memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks.
  • interpersonal dan intrapersonal.
  • meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.

Image result for student studying clipart



1.3 Pembelajaran Regulasi Kendiri


Pintrich (1995)
pembelajaran regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran 

Pembelajaran regulas kendiri berpusatkan pelajar di mana pelajar membina keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri sendiri serta pembelajaran yang telah diperoleh.

pembelajaran regulasi kendiri mampu:

  • meningkatkan pencapaian dalam akademik
  • menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat
  • memberikan penghargaan intrinstik.



Image result for student studying clipart






Tutorial

Membanding beza persekitaran pembelajaran di sekolah dan IPGKBM di Malaysia.




Refleksi

Daripada bab ini, saya mempelajari kemahiran belajar, iaitu kemampuan seorang pelajar untuk belajar, menguasai dan memahami apa yang dia telah mendengar, melihat, membaca dan melakukan. Teknik ini amat dominan untuk membantu pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dengan berkesan.

Tambahan pula, pembelajaran di IPG adalah lebih mencabar berbanding di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kaedah pembelajaran di IPG memerlukan pelajar sentiasa menyediakan diri untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus, menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran, berkemahiran interpersonal dan intrapersonal yang tinggi dan mempunyai kesungguhan yang tinggi. Oleh itu, setiap pelajar patut memahami teknik belajar masing-masing agar tidak berasa tertekan apabila mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan akhir tahun kerana persekitaran yang terlalu sibuk.

Lagipun, gaya regulasi kendiri perlu dititikberatkan oleh para pelajar. Kita harus bersifat berdikari dan mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar tanpa suruhan orang lain. Kita tidak patut terlalu bergantung kepada nota dan maklumat yang diberikan oleh pensyarah sebaliknya harus rajin memperoleh maklumat yang baru. 



Maklumat Tambahan



No comments:

Post a Comment