Saturday, 8 October 2016

Tajuk 9: Sikap Terhadap Pentaksiran



Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000).   Sebagai seorang pelajar sikap anda terhadap apa juga bentuk pentaksiran sangat penting.  Memahami pentaksiran tersebut, terutama yang terlibat dengan diri anda sangat membantu semasa melaksanakan pelabagai tugasan dan menghadapi ujian atau peperiksaan. 



Image result for professional clip art






JENIS- JENIS PENTAKSIRAN
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran Hasil Pembelajaran



Pentasiran Performed Based PENTAKSIRAN  AUTENTIK 


Pentaksiran autentik bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. 



Ciri- ciri pentaksiran autentik 
Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang  dilaksanakan. 
b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. 
c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. 
d) Subjek membina maksud yang tersirat. 
e) Berpusatkan kanak-kanak. 


CONTOH- CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK 
-Persembahan tarian 
-Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya 
-Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show   (   pertunjukan Seni)
 - Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio 


KEBAIKAN KEPADA PELAJAR 
Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. 
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. 
Menangani teknologi dan berfikir sistematik. 


KEBAIKAN KEPADA GURU 
Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuan pelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan
Image result for professional clip art



Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian.



a.) Penilaian 

Penilaian adalah proses mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan telah dicapai.

Tujuan : menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standard dan kriteria yang digunakan.




Formatif

•Penilaian yang dijalankan secara berterusan apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).

•Tujuan : memperbaiki / mengenal pasti kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan.



Sumatif

•Penilaian yang dilakukan pada akhir sesuatu pengajaran / program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat barkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sepanjang tahun.



b.) Pengujian

•Suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan / tingkah laku/ kemahiran dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor (Cronbach, 1970). 



c.) Pengukuran

•Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.

Image result for ruler clip art






Tugasan individu dan berkumpulan

> dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus subjek. Penilaian dilakukan dalam 3 aspek 

  • Penulisan esei
  • persembahan 
  • penulisan refleksi.
Image result for clip art people


Refleksi


Sepanjang kehidupan ini, kita sentiasa menghadapi dengan pelbagai penilaian serta pentaksiran daripada pelbagai pehak. Antaranya, pelajar sering ditaksir melalui keputusan peperiksaan di sekolah.

Pentaksiran terdiri daripada pengukuran,  pengujian dan penilaian. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan. Manakala pula, Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaian Bina Insan Guru (BIG) dan penilaian gerak kerja kokurikulum.

Selain itu, tugasan kerja kursus dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus sesuatu subjek. Dalam pada itu, integriti dituntut dari setiap pelajar semasa melaksanakan tugasan kerja kursus. Hasil kerja kursus mestilah idea dan pandangan diri sendiri. Misalnya, membuat laporan hasil kajian diri sendiri atau kumpulan dan menyiapkan kerja amali dengan idea yang asli dan bukan dari individu lain.




Maklumat Tambahan

Konsep Pentaksiran

Tajuk 8: Sistem Pengurusan Pembelajaran


8.1 Konsep dan Ciri-Ciri


Sistem pengurusan Pengajaran (SPP) merupakan satu sistem yang boleh mengurus aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan. Secara khususnya, SPP merupakan perisian yang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk merancang, menghantar dan menguruskan program e-Pembelajaran. SPP digunakan untuk menyampai, menjejak dan mengurus latihan. 

SPP yang paling mudah ialah SPP yang digunakan bagi mengurus rekod latihan. Manakala SPP yang lebih kompleks ialah perisian yang digunakan bagi menyampaikan kursus melalui internet dan menawarkan kemudahan kolaborasi secara atas talian.

Image result for sistem pengurusan pengajaran



Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran

b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber 

Manusia

c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran



Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut:

• Maklumat mata pelajaran

• Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat

• Kemudahan komunikasi

• Kemudahan penilaian






 8.2 Kegunaan SPP

SPP menyediakan kemudahan bagi menguruskan interaksi antara pelajar dengan tenaga pengajar melalui media komunikasi yang disediakan. Media komunikasi yang terkandung di dalam SPP antaranya ialah forum, papan buletin,e-mail dan chat room. Ianya merupakan media terbaik bagi tujuan komunikasi dalam e-pembelajaran



E-Learning Centre’s (eCLIPSE, 2002) telah mengenalpasti sepuluh modul yang diperlukan dalam perisian SPP. Modul-modul tersebut adalah seperti berikut:

a) Modul Pengurusan Kursus

b) Kemudahan animasi dan demonstrasi bahan pembelajaran atas-talian

c) Pengujian dan Penilaian interaktif atas-talian

d) Forum dan Diskusi

e) Perisian Perbincangan Berkumpulan (Groupware)

f) Modul mesyuarat atas-talian (Windows NetMeeting)

g) Kemudahan perkhidmatan komuniti atas-talian

h) Ruangan Chat

i) Modul bagi menjana pembelajaran secara kolaborasi

j) Modul mengesan aktiviti pembelajaran (Weblogging)



Terdapat beberapa modul SPP di atas yang telah digunakan dan diintegrasikan dalam laman web. Sebagai contoh ialah modul komuniti atas-talian yang mengandungi kemudahan forum, message board dan bilik chat. 



Image result for computer clipart




 SPP Online


Kebanyakan SPP adalah berasaskan web bagi memudahkan capaian terhadap maklumat berkaitan isi kandungan pembelajaran dan pentadbiran pada sebarang masa, tempat dan keupayaan pengguna.



Contoh aplikasi SPP ialah penyediaan pembelajaran atas talian (contohnya; latihan berasaskan komputer), pentaksiran atas talian, pengurusan pendidikan profesional, pembelajaran kolaboratif (contohnya: perkongsian aplikasi, perbincangan atas talian), pengurusan sumber latihan (contohnya: instruktor, kemudahan, kelengkapan) dan lain-lain lagi.

Image result for computer clipart





 Landasan SPP 


Senarai di bawah adalah sebahagian daripada landasan (platform) SPP yang ada.



Sumber terbuka:

• ATutor – Open Source Web-based Learning Content Management System

• Dokeos – eLearning and Course Management Web Application

• ILIAS – Open Source Learning Management System

• Moodle – Open Source Course Management System



Sistem tertutup:

• WebCT 

• Blackboard

• eCollege



Perisian sumber terbuka (open source) boleh dimuat turun, diubahsuai dan diedarkan semula.






8.3 Kepentingan LMS.....

MS digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.Selain itu,LMS turut digunakan di SPIN dan yahoogroups.Melalui SPIN,pelajar boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui sambungan internet.Selain itu,melalui pangkalan Data-Link Web,membolehkan pengesanan pelajar dan computer,merekod dan dapat menganalisis prestasi pelajar.Di samping itu,LMS juga digunakan di yahoogroups melalui kursus komputer dalam pendidikan di Fakulti Pendidikan,UKM.Ia sebagai satu langkah ke arah pembelajaran  secara maya.Para pelajar dan pensyarah yang menyertai kumpulan di dalam yahoogroups akan memperolehi info atau maklumat mengenai pembelajaran di sana serta mewujudkan komunikasi antara pelajar denagn pelajar lain,dan pensyarah secara maya.Selain itu,LMS turut digunakan di Pejabat,Makmal,Bilik Tutorial,dan di dalam kelas.Oleh itu,LMS digunakan dengan menyeluruh pada masa kini.




Image result for LMS



Siapa yang menggunakan LMS..

LMS digunakan oleh pelajar di sekolah,pelajar di institusi pengajian tinggi,guru, pensyarah,staf-staf  pendidik,ahli peniagaan dan kerani di pejabat.Selain itu,LMS digunakan oleh industri yang dikawal selia (misalnya perkhidmatan kewangan dan biopharma) untuk latihan pematuhan.Selain itu,ia juga digunakan oleh institusi-institusi penyelidikan untuk meningkatkan dan menyokong pengajaran bilik darjah.Contohnya,di UKM,LMS yang digunakan adalah SPIN yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah.

Image result for LMS


Bagaimana LMS digunakan..

LMS digunakan untuk merancang e-Bahan,mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.Selain itu,LMS harus dapat melakukan pekara-pekara berikut,antaranya adalah
·        Memusatkan dan strategi pembelajaran
·        Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu
·        Memasang dan menyampaikan kandungan pembelajaran dengan cepat.
·        Menggabungkan inisiatif latihan pada platform berasaskan web yang berskala.
·        Mudah alih sokongan dan standart
·        Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
Selain itu,LMS di SPIN menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran interaktif yang memerlukan ID pelajar dan password yang sah bagi memasuki ke halaman SPIN.SPIN digunakan secara interaktif dan mempunyai fungsi yang pelbagai.



Image result for LMS




Kepentingan LMS adalah....

Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.
·        Kelebihan LMS kepada pelajar adalah,dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.
·        Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.
·        Kelebihan LMS kepada pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.

Image result for LMS





Image result for moodle


Senarai Open Source Software yang digunakan oleh LMS..
·        Moodle
·        Adope captive
·        Adope photoshop
·        LINUX
·        DOS

·        UNIX





Refleksi



Sistem pengurusan pembelajaran merupakan sistem yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu institusi pembelajaran. Sistem ini lebih canggih berbanding sistem manual kerana menggunakan internet melalui e-pembelajaran untuk memperoleh di laman web universiti, institut atau kolej. Cara ini amat memudahkan pengurusan dilaksanakan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di institut berkenaan. Dalam pada itu, sistem ini juga digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran serta mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, sistem ini amat menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar serta memudahkan para pensyarah untuk menyampaikan arahan serta maklumat pembelajaran.





Maklumat Tambahan